Tuesday, 18 April 2017

Cara Atasi Masalah Haid Tak Teratur

Assalamualaikum

Bagi seorang perempuan, masalah haid tak teratur sangat sangat merisaukan. Lebih lebih lagi bagi yang dah berumah tangga dan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Ini kerana bila haid kita tak teratur, amat sukar untuk mengagak waktu subur. Lantaran itu, agak mencabar nak berusaha untuk conceive.


Hari ini saya nak kongsikan satu cerita, pengalaman seorang sahabat yg berusaha untuk dapatkan haid yang teratur secara semulajadi.

Assalamualaikum.
Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa.

Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah.

Masalah ini memang mengganggu saya dan suami, maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun & masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala jenis ubat telah saya telan.

Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”.

Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang tau.

Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016,saya telah mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.

Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016(35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.

Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya,sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow.

Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar.

Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.


Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya,sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang.

Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!"


Didoakan semoga Puan Rozila berjaya untuk hamil dan direzekikan cahaya mata yang comel lagi soleh dan solehah 😊

Akak2, adik2 manis pun  nak cuba Vivix untuk bantu atasi masalah haid tak teratur?

Boleh whatsapp  saya di 012 950 3142
Atau click saja pada link ini 》》 www.wasap.my/60129503142

😊😊😊😊

Hanun Farha

SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Fan Page: My Precious Health Cube


Read More

Wednesday, 29 March 2017

Set Kecantikan Shaklee, Penjagaan Dalaman dan Luaran Terbaik

Penggunaan bahan2 kosmetik dan produk kecantikan sangat sinonim dgn orang2 muda hari ini terutama wanita.

Ramai yg teruja dgn iklan2

"PUTIH SELEPAS 5 HARI" "PUTIH SAMPAI NAMPAK URAT HIJAU" "KURUS SELEPAS 30 HARI TANPA SENAMAN DAN BERLAPAR".

Ini kerana ramai orang "malas" dan nak kesan segera.

Akibatnya,  mereka merosakkan badan sendiri dan memberi kesan yg sangat teruk.

Kita harus memilih betul2 produk2 kecantikan ini. Jangan cepat terpengaruh dengan testimoni dan janji kesan yang cepat dan menakjubkan ini.

Sebab kita tahu, kita bahan yg digunakan semuanya semulajadi dan dijamin selamat tanpa sebarang bahan2 merbahaya seperti paraben, merkuri, pewarna tiruan dan pewangi tiruan, kesannya akan mengambil masa yang agak lama. Paling cepat pun 3 bulan dan kebiasaannya lepas 6 bulan baru nampak kesan yang ketara.

Saya sgt2 syorkan anda guna produk kecantikan yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi ni utk kulit yang bersih, lembut, tona sekata dan segar😊. Pilihan saya tak lain dan tak bukan adalah skin care set Shaklee


Set Kecantikan Shaklee

SKIN CARE SHAKLEE

Penjagaan Kulit Dalaman

Vit C
Meransang pembentukan kolagen yang merawat kedutan. Mencantikan kulit dan melambatkan penuaan

Vit E
Melambatkan penuaan dan melambatkan garis halus, parut, jerawat dan bintik dimuka.

B Complex
Membantu pembinaan sel2 baru,mengurangkan tekanan dan menyahtoksik di dalam badan.

Minuman ESP
Asis amino yang baik sebagai kunci kepada wajah awet muda. Meransang pembentukan semula kulit dan otot.


Set Lengkap Nutriwhite Shaklee

Penjagaan Kulit Luaran

1. NutriWhite
🔹Action Makeup Remover
🔹Gentle Deep Foaming Cleanser
🔹Soothing Radiance Whitening Softener
🔹Daily Defense Whitening Essance
🔹Spot Whitening Treatment
🔹Daytime Whitening Lotion
🔹Overnight Renewal Whitening Cream

Kelebihannya ialah:-

✔Sesuai untuk kulit normal.
✔Muka kering hanya berminyak di zone T sahaja
✔Keseluruhan muka yang berminyak.
✔Tiada masalah jerawat.
✔Bertindak sebagai set muka normal.


Set Nutriwhite Untuk Kulit Normal
Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite

2. Enfusell
A. Enfuselle- Kulit berminyak(oily)
🔹Hydrating Cleansing Lotion
🔹Purifying Toner
🔹Purifying Cleansing Gel
🔹Eye Treatment

B. Enfuselle-Kulit Kering(Dry)
🔹Hydrating Cleansing Lotion
🔹Hydrating Toner
🔹Hydrating Moisturizer
🔹Eye Treatment

Kelebihan Kedua-dua set ini ialah:-

✔Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif
✔Masalah bagi kulit berminyak dan kulit kering
✔Masih mempunyai masalah jerawat
✔Bertindak sebagai set muka yang memperbaiki/mengurangkan masalah kulit.


Saya sendiri telah menggunakan Set Penjagaan Kulit Dalaman Shaklee dan Set Nutriwhite Shaklee selama 4 tahun. Hasilnya saya sangat suka 😊
Saya yakin ia betul2 baik dan selamat untuk kulit dan badan saya.

Set Kecantikan Shaklee memang terbaik🖒🖒

Untuk order, boleh whatsapp 012 950 3142
Atau click saja pada link ini 》》 www.wasap.my/60129503142

Hanun Farha

SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Fan Page: My Precious Health Cube


Read More

Wednesday, 22 March 2017

KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT

Assalamualaikum..

Selamat pagi ;)

Sarapan apa uols hari ni?
Akak start ngan Vivix, ESP pastu nasi berlauk, ada ikan dan timun 😉
Alhamdulillah.. japgi nak telan vitamin 3 beradik tu, si kuning, hijau dan cream.

Eh!!
Perlu ke amek mcm2 supplement ni? Kalau dah makan ikut piramid makanan yg femes tu, ikut sayur, protein, vitamin mineral dari sumber makanan tu sekian2 byk org kata x PERLU dan amek SUPPLEMENT.

Ada jugak yang kata, orang sihat x perlu supplement, orang sakit lagi lah x perlu supplement.

Camner? Uols setuju ngan pendapat tu?

Akak teringat kata2 Doctor Rajban Sing masa BLNC bulan lepas.

"20-30 years ago, 1 orange is enough for our daily Vitamin C need.

Now we need 50 oranges to produce 500mg"

Dr Rajban ni bukan calang2 Doktor.
Beliau seorang doktor perubatan (geriatricians) yang merupakan pegawai medik pertama di bidang Geriatrik (Geriatric Specialist) di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang Geriatrik ni kalau baru pertama kali dengar – adalah satu bidang fokusnya pada keperluan dan penjagaan kesihatan warga tua. Beliau juga adalah orang pertama yang menubuhkan wad pertama untuk warga emas serta seorang penulis buku bertajuk “Health, Wellness dan Sickness”

Nak cakapnya.. kualiti dan kandungan nutrient makanan yg kita dok kunyah dan telan setiap hari tu dah berkali-kali ganda kurang dari zaman mak ayah kita muda remaja dulu disebabkan byk faktor.

Belum cerita pasal GMO, kandung racun perosak dlm makanan kita, nutrisi yg hilang masa handling dan masa masak.

Utk dpt semua nutrient dlm kuantiti yg minimum yg bdn kita perlu kena amek berganda2 byknya sesuatu makanan tu.

Larat ke nak telan 50 biji oren sehari??

Tu untuk orang sihat.. untuk orang sakit pulak, badan ni Allah cipta boleh self healing to certain extend.. tapi mesti ada cukup zat2 utk bantu proses pemulihan tu. Orang sakit lagi lah perlu amek supplement. Tapi mesti consult doktor jugak.. doktor yang ada ilmu ttg nutrisi mcm Doktor Rajban ni 😉

Kata2 beliau pada hari itu yang akak paling ingat ialah,

“Doctor is not the right person to be asked about nutritions. We spent 6 hours  per day only to learn about drugs and how to cure disease (not focusing on prevention). All of you here are much better than me to talk about suplement"

Rasa terharu masa tu.. yup!! Besar tanggungjawab kami nak bg kesedaran pada sumer pentingnya amek supplement ni.

Kat bawah ni ada penerangan bergambar kenapa kita masih perlu supplement walaupun kita rasa kita dah makan makanan seimbang setiap hari


Kenapa kita perlukan supplement
Why we need supplement

Prevention is much2 better than cure!

Nak amek supplement? Nak tahu apa yg paling penting nak amek sekarang?
Jom tanya Kak Hanun 😉

Hanun Farha
012 9503142
Shaklee Consultant
SID Pro


Read More

Monday, 20 March 2017

KAYAP, BAGAIMANA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMBANTU



APA ITU KAYAP

Selalu jugak akhir2 ni dengar orang kena kayap.

Kita ingat kayap ni sejenis penyakit kulit  je kan, tapi sebenarnya lebih dari itu.

Kayap atau dikenali juga sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

▶Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan

▶Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Kayap terdapat beberapa jenis. Antaranya ialah :

🔹Kayap ular
🔹Kayap api
🔹Kayap bunga
🔹Kayap setompok


Punca penyakit kayap adalah
🔘Sistem imun yang lemah.
🔘Kehadiran virus.


Jadi, perlu ambil suplemen yang membantu meningkatkan imun sistem dan pada masa yang sama mampu melawan virus.

Antara produk Shaklee yang boleh membantu untuk tujuan ini adalah
Nutriferon, Vivix dan Garlic Complex.

Garlic Complex
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kaum bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk


Nutriferon
Mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. Jika anda terkena kayap, insyallah nutriferon membantu menaikkan sisten imun anda dan melawan semua virus-virus yang ada


Vivix
Vivix bertindak membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang sihat. Vivix membantu memulihkan sistem saraf yang rosak dan memingkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit.

Keradangan pada organ2 badan dan saraf  akibat kayap itu yg kita cuba kurangkan dengan pengambilan supplemen2 ini.




Testimoni Set Kayap Shaklee.

Mari kita baca lagi, pengalaman mereka yg pernah menggunakan set kayap shaklee 😊






 https://youtu.be/nqNSjb1CnL4 

Selamat mencuba!

Untuk order, whatsapp saya di

012 950 3142
Hanun Farha
Konsultan Shaklee Anda


Read More

Sunday, 19 March 2017

TIPS BERBISNES BAGI IBU YANG SIBUK DAN BEKERJAYA

Saya pernah dpt soalan camni.

'Akak ni dah ler keje, anak ramai, rumah lagi, usrah lagi, sempat pulak tu berbisnes, coaching2 bagai.

Macam akak boleh manage ek?'

Saya tersenyum saja.. biarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan.

Saya reflect balik.. alhamdulillah..dah masuk tahun ke empat saya buat shaklee ni..alhamdulillah paling2 kurang pun setiap bulan dpt bonus ratus2. Bila dah jadi leader, merasa bonus 4 angka.

So hari ni saya nak share mcm mana saya manage dan masih setia bershaklee😊


1. TUJUAN YG JELAS

APA niat kita buat bisnes? Sebab apa kita nak buat bisnes ni? Apa yg kita nak capai, da apa penentu kejayaan kita?

Kalau suka2 je, mmg cepat je kalah dengan kesibukan dan kepenatan harian. Kita kena jelas ngan tujuan kita berniaga mcm mana kita jelas dengan tujuan Allah ciptakan kita.

Saya bukan target nak buat bisnes sambil  sambilan nak dpt seribu dua duit extra tapi akak bershaklee utk jadi bebas hutang, boleh sedekah tanpa berkira-kira dan of course time freedom utk keluarga tersayang. So tujuan akak berbisnes nak bina empire..empire yg boleh diwariskan.

Mesti tahu apa BIG WHY kita buat bisnes.


2. PUSH FACTOR YANG KUAT

Push factor saya adalah saya nak MASA utk anak2, untuk didik anak2 seperti yg saya impikan.. dan nak bantu anak2 shaklee saya jana pendapatan, kurangkan beban kewangan keluarga. Itu utk jangkamasa terdekat.

Untuk jangka masa panjang ada BANYAK! 😄 Antaranya nak lebih ramai org kenal shaklee dan lebih sihat dgn shaklee😉. Saya nak semua orang dapat pilih supplement yang terbaik untuk diri mereka dan keluarga.

Push factor sgt2 penting. Ia jadi something yg kita pegang dan pejuangkan. Kalau ujian dtg mcm mana skali pun. InsyaAllah kita takkan mudah give up bila kita ingat push factor kita. Benda ni akan keep pushing us forward.


Macam mana nak tentukan Prioriti kita

3. DAHULUKAN APA YG PENTING

Mmg sembang lah kalau saya kata saya cukup masa utk buat semua benda. Nak buat kerja rumah, sehari suntuk pun belum tentu cukup dengan anak2 kecik, hero2 pulak tu kan. Kalau jadi suri rumah pun kerja rumah tak habis habis yea tak?

Jadi time management dan tahu kita punya priority adalah benda yg kita harus titikberatkan. Dahulukan yg urgent dan penting. Get all the help you can get. Mintak pertolongan suami mana yang boleh. Kita kena kerja as a team.

Kalau nak buat semua sendiri dan semua nak settle dalam sehari mmg fengsan dik non oi. 😅😅


4. BELI MASA

Ni ramai org tahu. Tapi x ramai org amal.
Baca quran 😊. Bila kita rasa kita makin sibuk, masa 24 jam tu rasa cam 2-3 jam je, lagi lah kena byk baca quran.
InsyaAllah terasa lebih lapang, kerja cepat siap dan otak tak serabut sgt.

Sentiasa doa pada Allah supaya diberi keberkatan waktu juga.


5. BISNES ON THE GO

Yes!! Saya rasa, bisnes on the go ni sgt2 sesuai utk org mcm saya..lebih2 lagi most of activity bisnes saya boleh buat online.

Lagi lah jimat masa, jimat ongkos.
Nak coaching anak2, nak buat kelas, nak consult customer, nak buat sharing, boleh je buat sambil urus anak, masa dlm kereta, sambil masak 😄😄. Gitu ler.

Anak2 shaklee akak pun dah makin hebat mengorak langkah. Ada yg sibuk ngan kerja, sambil tu sambung master lagi tapi makin kencang bershaklee. Alhamdulillah. 😊😊

When there's a will, there's a way, omputeh kata 😄

Belum cuba belum tahu kan?
Nak cuba meh contact saya.. kita sembang2 camner nak mula dan buat sampai jadi.

Yuk!!

Hanun Farha
📲 012 950 3142
Shaklee Business Mentor


Read More

Wednesday, 15 March 2017

JUJUR DALAM BERNIAGA FORMULA BUILT TO LAST



Semenjak dua menjak ni saya suka sgt dengan phrase Built To Last ni.

Bila kita berniaga, mesti lah kita nak perniagaan kita tu terus berkembang dan kekal sampai boleh diwarisi sampai 7 keturunan kita kan?

Semestinya kita bukan nak melompat dari satu biz ke biz yg lain kan? Rugi modal tau! Walaupun biz shaklee ni modal RM 80 sahaja, tenaga, masa, pergi kelas, susah payah perah idea tu pun modal.

Bagi saya untuk bina perniagaan yg built to last ni, tunjang dia adalah JUJUR.

Alhamdulillah produk shaklee produk yg sgt berkualiti, berkesan dan selamat. Terbukti dengan pelbagai kajian sains dan ujian klinikal.

Cuma kita sebagai distributor tak boleh overclaim, tak boleh janjikan bulan dan bintang pada customer.

Bagitahu siap-siap macam mana setiap produk ni akan bertindak.

Kesannya pulak bergantung pada diri setiap individu.

Kalau ada baranga  promo yg expiry date lagi dah hampir, contohnya lagi 2 ke 3 bulan pun bagitau awal awal.

Bila customer ada healing crisis, bantu, terus consult sampai lah stabil.

Jangan jual dan terus tinggalkan customer terkontang kanting.

Paling penting, jangan buat customer rasa TERTIPU.

Bisnes kita tak berkat nanti, org hilang kepercayaan.. mcm mana nak terus berkembang dan kekal kan?

Itu bab jujur pada customer..Tapi yg paling penting kita kena jaga adalah JUJUR PADA ALLAH.

Kenapa?

Bila kita jujur dengan Allah, secara otomatik kita jujur dengan pelanggan, dengan pesaing dan dengan diri sendiri.

Tiada sesuatu pun yang dapat kita sembunyikan dari Allah. Hatta bisikan hati kita ini, apa-apa saja yang terdetik, baik atau buruk semuanya Allah tahu.
Subhanallah, Astghfirullah, semoga semua niat-niat aku berniaga ini semuanya diredai Allah.

Orang berniaga sangat memerlukan kabel yang kuat dengan Allah.
Kerana Allah la yang berupaya menggerakkan hati pelanggan2 kita untuk membeli dari kita, berurusan dengan kita.

Kita mahukan rezeki yang halal dan rezeki yang membawa keberkatan, jadi bila berniaga, kita kenalah jujur dengan Allah dan makhluk-makhluknya.

Berlaku jujur dengan Allah juga bermakna kita kena sentiasa berprasangka baik dengan Allah.

Perniagaan akan ada pasang surutnya.. akan ada ujian2 melanda..tapi selagi kita JUJUR pada customer, pada diri sendiri, pada pesaing dan juga dengan Allah, insyaAllah kita akan dpt bisnes yg Built To Last 😊

Hanun Farha
📲 012 950 3142
Shaklee Business Mentor



Read More

Tuesday, 14 March 2017

ESP DAN DIABETES

KEPENTINGAN ASID AMINO UTK PESAKIT DIABETES

Hari ni saya nak share sikit info pasal diabetes, insulin dan asid amino

Dalam keadaan sihat dan normal, insulin akan dilepaskan bila gula dlm darah kita tinggi. Bila paras gula rendah, pengeluaran hormon insulin di hentikan.

Insulin ni kerja dia tukar gula dlm darah ke tenaga utk sel guna. Dengan cara ni, badan dpt kawal paras gulan dlm darah

Sel badan pesakit diabetes tidak dapat menyerap insulin akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin.

Kehilangan sensitiviti terhadap insulin ni menyebabkan gula dalam darah x dpt ditukarkan kepada tenaga yg diperlukan oleh sel. Badan lemah dan gula dlm darah semakin naik. Lama kelamaan keadaan ini ada rosakkan salur darah yg menyebabkan pesakit diabetes terdedah pada risiko sakit jantung atau stroke.

Ada beberapa kajian yg dijalankan menunjukkan bahawa asid amino,  (Arginine) memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin dengan  membantu meningkatkan metabolisma glukosa dalam darah

Oleh itu ia amat baik untuk pesakit diabetes.

Disamping itu, Arginine juga meningkatkan bahan glucagon-like-peptide-1 (GLP-1) dalam usus yang akan membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisma glukosa.

Arginine boleh didapati dalam bentuk suplemen yang boleh diambil setiap hari.
Arginine juga amat baik meningkatkan paras Nitric Oxide (NO) yang penting untuk membuka saluran darah arteri dan melancarkan pengaliran darah kita.

Jadinya utk mereka yg ada diabetes, akak sgt syorkan amek ESP.. sebab ESP ni membekalkan kesemua asid amino yg diperlukan oleh badan kita.

ESP ni jugak rendah GI dan juga dari Non GMO soya.

InsyaAllah salah satu ikhtiar yg baik utk kawal gula dlm darah.

012 950 3142
Hanun Farha
Shaklee Consultant



Read More