Wednesday 15 March 2017

JUJUR DALAM BERNIAGA FORMULA BUILT TO LAST



Semenjak dua menjak ni saya suka sgt dengan phrase Built To Last ni.

Bila kita berniaga, mesti lah kita nak perniagaan kita tu terus berkembang dan kekal sampai boleh diwarisi sampai 7 keturunan kita kan?

Semestinya kita bukan nak melompat dari satu biz ke biz yg lain kan? Rugi modal tau! Walaupun biz shaklee ni modal RM 80 sahaja, tenaga, masa, pergi kelas, susah payah perah idea tu pun modal.

Bagi saya untuk bina perniagaan yg built to last ni, tunjang dia adalah JUJUR.

Alhamdulillah produk shaklee produk yg sgt berkualiti, berkesan dan selamat. Terbukti dengan pelbagai kajian sains dan ujian klinikal.

Cuma kita sebagai distributor tak boleh overclaim, tak boleh janjikan bulan dan bintang pada customer.

Bagitahu siap-siap macam mana setiap produk ni akan bertindak.

Kesannya pulak bergantung pada diri setiap individu.

Kalau ada baranga  promo yg expiry date lagi dah hampir, contohnya lagi 2 ke 3 bulan pun bagitau awal awal.

Bila customer ada healing crisis, bantu, terus consult sampai lah stabil.

Jangan jual dan terus tinggalkan customer terkontang kanting.

Paling penting, jangan buat customer rasa TERTIPU.

Bisnes kita tak berkat nanti, org hilang kepercayaan.. mcm mana nak terus berkembang dan kekal kan?

Itu bab jujur pada customer..Tapi yg paling penting kita kena jaga adalah JUJUR PADA ALLAH.

Kenapa?

Bila kita jujur dengan Allah, secara otomatik kita jujur dengan pelanggan, dengan pesaing dan dengan diri sendiri.

Tiada sesuatu pun yang dapat kita sembunyikan dari Allah. Hatta bisikan hati kita ini, apa-apa saja yang terdetik, baik atau buruk semuanya Allah tahu.
Subhanallah, Astghfirullah, semoga semua niat-niat aku berniaga ini semuanya diredai Allah.

Orang berniaga sangat memerlukan kabel yang kuat dengan Allah.
Kerana Allah la yang berupaya menggerakkan hati pelanggan2 kita untuk membeli dari kita, berurusan dengan kita.

Kita mahukan rezeki yang halal dan rezeki yang membawa keberkatan, jadi bila berniaga, kita kenalah jujur dengan Allah dan makhluk-makhluknya.

Berlaku jujur dengan Allah juga bermakna kita kena sentiasa berprasangka baik dengan Allah.

Perniagaan akan ada pasang surutnya.. akan ada ujian2 melanda..tapi selagi kita JUJUR pada customer, pada diri sendiri, pada pesaing dan juga dengan Allah, insyaAllah kita akan dpt bisnes yg Built To Last 😊

Hanun Farha
📲 012 950 3142
Shaklee Business Mentor



About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment