Tuesday 8 March 2016

Rahsia ESP Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Terjebak!

Assalamualaikum

Anda tahu tak ESP ni pernah jadi fenomena sampai selalu out of stock dan ramai orang berebut-rebut nak beli especially ibu-ibu menyusu. Kononnya boleh meningkatkan production susu ibu. Lepas tu pulak diorang claim boleh jadi kurus lah, kulit makin cantik lah, kerja makin produktif sebab boleh maintain bertenaga, parut hilang, kenyang lebih lama, dah tak gastrik lagi, part2 yang kendur kembali anjal dan macam- macam lagi lah kesan yang elok-elok belaka.

Sekarang ni, bulan Mac ni tengah Promo ESP ni tau, dan anda bakal nampak banyak poster2 ESP kat IG dan FB anda. Sebelum anda terpengaruh dengan iklan2 yang cantik2 dan testimoni yang membuatkan anda tempting sangat nak order terus set Promo Beli 6 Percuma 1 tu, ada beberapa RAHSIA, iaitu fakta, ye FAKTA, bukan auta, dan bukan pula statement syok sendiri yang perlu anda tahu.



FAKTA #1

ESP Satu Satunya Produk Yang Ada Kesemua 9 Acid Amino Penting


Badan manusia perlukan protein untuk penghasilan sel tubuh yang sihat. Sel yang sihat termasuk sel-sel kulit juga akan menambah baik kecantikan luaran kita.Pembinaan sel yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai kanser pada badan kita.

Protein ni terdiri daripada 21 jenis asid amino, ada yang boleh dihasilkan oleh badan dan ada yang kita perlu ambil daripada makanan seharian kita dan tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.

9 jenis asid amino yang tak dapat dihasilkan oleh badan ni semuanya ada dalam ESP. Tak percaya? jom check label kat canister ESP ni.
ESP lengkap dengan semua 9 asid amino penting Kalau cari dalam pasaran Malaysia ni, ESP lah satu satunya produk yang ada kesemua 9 asid amino penting ni ( Histidine, Leucine, Isoleucine, Valine, Tryptophan, Threonine,Lysine, Methionine dan Phenylalanine)


FAKTA #2

ESP Diproses Pada Suhu Rendah Agar Protein Tidak Rosak


Protein tidak tahan suhu yang tinggi. Proses memasak makanan ber protein akan merosakkan lebih dari 50% protein asal, strukturnya protein akan berubah menjadi gumpalan-gumpalan yang susah dihadam dan diserap. Sebab itu lah kita makan ayam, ikan, daging hari-hari pun masih terdedah kepada risiko kekurangan protein dalam badan.

Boleh katakan kita makan lebih banyak hampas dari protein.

Tapi protein ESP tidak musnah, sebab ia diproses pada suhu yang rendah. Proses ini dipilih supaya kandungan protein dalam ESP kekal berkualiti dan berkesan untuk badan kita.


FAKTA #3

Kandungan Glycemic Index (GI) Dalam ESP Adalah Rendah

Apa benda Glycemic Index (GI). GI adalah kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos di dalam badan.


Klasifikasi GI Makanan yang rendah GI adalah lebih baik kerana tidak menyebabkan gula dalam darah naik mendadak dan ia buatkan kita rasa kenyang lebih lama. GI ESP adalah rendah iaitu 39.

Perasan tak kalau breakfast makan nasi atau mee goreng atau roti canai 2-3 keping pun, belum pukul 12 dah rasa lapar. Cepat kenyang tapi cepat lapar balik. Ni kerana makanan tu tinggi GI dan makanan ditukarkan kepada tenaga sekali gus.

Oleh kerana GI ESP  rendah, ia membantu kita untuk kenyang lebih lama :)



Kadar pertukaran makanan kepada tenaga berdasarkan GI 


GI juga adalah indikator yang penting bagi pesakit diabetes atau kencing manis. Mereka harus memilih makanan yang rendah GI kerana makanan yang tinggi GI boleh menyebabkan hyperglycemia.

Jadi ESP sesuai diambil oleh pesakit diabetes dan bagus untuk membantu menstabilkan gula dalam darah :)



FAKTA #4

ESP Diperbuat Dari Kacang Soya NON-GMO

GMO adalah Genetically Modified Organism, atau senang cerita, benda2 hidup yang dah diubahsuai sifat genetiknya. Pengubahsuaian genetik ni dilakukan melalui beberapa eksperimen dan tujuannya adalah untuk mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti bahan2 tanaman atau ternakan, meningkatkan daya tahan buah-buahan atau sayur-sayuran dari serangga perosak dan meningkatkan rasa dan kesegaran produk-produk ini di pasaran.


Antara tumbuhan yang mengandungi GMO


Zaman sekarang banyak tanaman yang dah di ubahsuai secara ginetik.Antara produk popular yang dah diubahsuai secara ginetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai & anggur yang takde biji. Begitu juga soya.

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan dah bukan yang semulajadi lagi, struktur berbeza, dah terdedah kepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser, dan sebagainya.

Tapi ESP dibuat daripada soya bukan GMO. Ianya kacang soya asli.

Setiap satu tin ESP diproses drpd 30kg soya dan proses penghasilannya dipantau rapi melalui proses pensijilan tersendiri Shaklee yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya untuk memastikan penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti sahaja digunakan untuk hasilkan ESP.

FAKTA #5

ESP Tiada Kolesterol, Tiada Asid Urik & Mudah Diserap

ESP dihasilkan daripada protein tumbuhan, oleh itu ia tidak mengandungi kolesterol. Jadi orang yang ada darah tinggi tak perlu risau nak ambil ESP.

Ia juga tiada asid urik kerana ia bukan diproses oleh badan. Jadi pesakit gout juga boleh mengambil ESP.

ESP sangat mudah diserap kerana ianya semulajadi tanpa melalui sebarang pengubahsuaian genetik dan tidak pula melalui proses yang terdedah pada suhu tinggi

FAKTA #6

Keberkesanan ESP Terbukti Melalui Kajian Klinikal


Sejak dihasilkan pada tahun 1961, ESP terbukti berkesan dan membantu ramai orang dari pelbagai sudut kesihatan. Namun keberkesanan ESP bukanlah berdasarkan testimoni pengguna semata-mata tetapi disahkan dengan ujikaji klinikal yang dijalankan.

Kajian-kajian ini bukan sahaja dijalankan oleh Saintis Shaklee sahaja, tetapi juga 3rd party scientist yang bersikap neutral. Berikut adalah hasil kajian klinikal terhadap unsur2 yang terdapat dalam ESP.

Antara senarai ujikaji klinikal unsur-unsur dalam ESP



FAKTA #7

ESP Mengandungi Leucine - Bantu Untuk Turunkan Berat Badan.


Seperti yang saya dah bagitau dalam fakta #1, ESP mempunyai Leucine, sejenis asid amino penting.
Leucine ada fungsi tersendiri dan sangat membantu dalam penurunan berat badan secara sihat.

Leucine bertindak dengan 3 cara untuk membantu menurunkan berat badan yang berlebihan.


Membakar lemak visceral - lemak yang paling dalam di bahagian perut yang paling sukar disingkirkan.Membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dengan mengawal metabolisma glukos dan membantu hormon leptin merangsang otak supaya anda berasa kenyang pada kalori yang rendah.Membina semula otot - kekalkan tisu tanpa lemak. Leucine ni dapat bantu kita kurus kan badan dengan pembakaran lemak dan bukannya mengurangkan jisim otot.


Ok, cukup dulu 7 fakta kat atas untuk anda pertimbangkan sebelum membeli ESP atau apa2 supplement tambahan yang berasaskan protein. Dan fakta-fakta tersebut menyokong claim2 pengguna ESP terhadap keberkesanannya dan juga bonus 'side effect' yang mereka alami.


Saya harap perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Untuk pembelian terus ESP, anda boleh klik butang beli sekarang di bawah ini.




Jika ada pertanyaan lanjut atau anda inginkan konsultasi percuma tentang kombinasi supplement terbaik untuk anda, hubungi saya


Hanun Farha


SID: 882031


Call/SMS/Whatsapp: 0129503142


fb:https://www.facebook.com/hanunfarha


Fan Page: My Precious Health Cube


Read More

Friday 4 March 2016

PROMO TERHANGAT MAC 2016


PROMOSI HOT BULAN MAC

Yeay!!

Promo ESP datang lagi :) :)
Dan Promo Twin Pack Vivix dilanjutkan lagi ke bulan ni

PROMO ESP MAC 2016 

Untuk adik kakak yg nak kulit cantik halus mulus gebu anjal, ni lah dia minuman berprotein tinggi dari Soya Non GMO.

Gerenti semulajadi dan selamat digunakan..

Ada yang dah minum ESP ni selama 16 tahun tau. Umur dah 40 an tapi nampak mcm 20-an. Awet muda sangat.


Bagi ibu2 mengandung, minum ESP setiap hari dpt melengkapkan keperluan protein dan kalsium untuk ibu dan baby dalam kandungan.


Untuk ibu2 menyusu pulak tak perlu lagi diperkenalkan.. memang femes dan sgt berkesan untuk MILK BOOSTER dan memberi tenaga yang berpanjangan.


Gegirl je ke boleh amek?


Owh.. semestinya abang2 sado pun boleh ambil utk bina otot2 badan bagi lagi sado. Digabungkan dengan exercise rutin anda, lagi lah mantap!!


Adik2 yang tengah blajar kat Uni dan Encik2 serta Cik Puan eksekutif yang asyik rushing pagi2 nakgi kuliah, nakgi meeting pun patut ada ESP ni sorang satu.. tak sempat nak duduk breakfast beradab, shake2 ESP ni boleh minum on the go . InsyaAllah kenyang lah sampai uols sempat breaÄ· nanti. Breakfast is important tau, jangan skip, terutamanya mereka yang ada gastrik. Minum lah ESP sebagai alas perut yang sihat.


Yang tercari-cari supplement untuk kuruskan badan, buang lemak2 berlebihan tu dengan SELAMAT, ahkak memang suka cadangkan ESP ni. Minum ni insyaAllah kenyang lebih lama 


ESP ni jugak rendah Indeks Glisemik (GI), jadi ia sesuai untuk mereka yang ada kencing manis atau org klate panggil diabetes.


Oopss!! Dah terpanjang lebar pulak

Kesimpulannya ESP ni baaanyak sangat manfaatnya dan sesuai untuk uols!!

Kalau nak baca lebih lagi pasal ESP ni, kandungan, manfaat dan fungsinya secara ilmiah boleh klik kat SINI

.


ESP PROMO: Beli 6 PERCUMA 1, Beli 2 dengan 5% diskaun 

Vivix, supplement Premium Shaklee untuk awet muda, kecantikan, bantu menghadapi sakit-sakit kronik, turunkan berat badan dan kesihatan keseluruhan.

InsyaAllah ikhtiar yang sangat berbaloi untuk semua masalah kesihatan anda. Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix boleh baca kat SINI

Cuma satu sudu teh sehari

Alhamdulillah, Vivix telah bantu ramai orang atasi masalah kesihatan mereka terutamanya pesakit-pesakit kronik. Testimoni - testimoni Vivix untuk tatapan anda kat SINI
Vivix supplement yang tinggi kandungan Resveratrol

Apa yang anda bakal dapat dari Promo ni?


1. Beli 6 ESP,  dapat

                                 --- PERCUMA 1 ESP (bernilai RM 150)

                                 --- FREE Keahlian Shaklee Seumur Hidup  (bernilai rm 68.90)

                                 --- CASH BONUS rm 36++

                                 --- Consultation dan tips2 kesihatan dan kecantikan PERCUMA seumur hidup :)


2. Beli 2 ESP, dapat


                                --- 5 % diskaun

                                --- Consultation PERCUMA

2. Beli 2 Vivix, dapat

                               -- 5 % diskaun

                              --- FREE Keahlian Shaklee Seumur Hidup  (bernilai rm 68.90)

                              --- CASH BONUS rm 38++

                              --- FREE Postage (bernilai RM 10.60)
                              --- Consultation dan tips2 kesihatan dan kecantikan PERCUMA seumur hidup :)

Nak beli satu pun boleh :)


Jika anda dah teruja macam ahkak dan nak terus order, boleh klik kat bawah ni ;)





Jangan lupa contact akak kalau ada masalah apa2 masalah masa pembelian ni.  Jika anda ingin membeli set Promo ESP dan Twin Pack Vivix yang melayakkan anda dapat FREE membership Shaklee contact akak terus di 012- 9503142 yea.

Dan pesanan yang ni lagi PENTING, bila ESP dah sampai contact akak juga untuk dapatkan cara makan dan tips eksklusif dari akak yea ;)


Nak tahu lebih lanjut, contact saya


Whatsapp 012 950 3142


Hanun Farha

SID Pro

ID 882031


Konsultasi Percuma 

Read More

7 Tips Mudah Bersalin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan pada Allah kerana telah mengurniakan kami seorang puteri, untuk menambah seri keluarga kecil kami bersama tiga Imam Muda kami.

Saya selamat melahirkan anakanda Amira Humaira pada 23 Disember 2015, 11 Rabiul Awwal 1437H. Ibunye berharap bersalin lepas maghrib sebab nak tarikh lahir cam kelahiran Nabi saw, tapi baby tak sabar nak keluar, sebelum Asar 11 Rabiul Awwal, baby Humaira dah melihat dunia.

Amira Humaira


Pengalaman bersalin kali ini sangat best :). Alhamdulillah Allah permudahkan.Walaupun ini kali keempat melahirkan cahaya mata, masih banyak benda baru yang saya pelajari.

Regular contraction saya rasai pada malam sebelum hari bersalin. selang 10-15 minit akan terjaga dek contraction yang kuat. Masih tenang lagi dan sambung tidur bila contraction hilang sebab hospital 5 minit je dari rumah :)

So pagi2 tu ajak En Hubby ke KMC sebab contraction makin kuat. Macam biasa, kat hospital nurse akan buat ECG, untuk tengok heart beat baby dan kekuatan contraction. Agak kecewa sebab baru 1 cm buka. Tapi bila Doctor Su datang check lepas sejam dah  3 cm. Hubby, Hadi dan Mak peneman di wad. Hadi sangat lah baik masa time ibu melayan contraction, dia sama2 buat squat dengan ibu, buat2 muka comel untuk hiburkan ibu.



Dipendekkan cerita, masuk labour room hampir tengah hari, sempat solat zohor di labour room sebab nurse dah tak balik keluar labour room. So, guna je kain apa yang ada untuk tutup aurat dan solat. Pukul 3 petang contraction makin kuat. Genap pukul 4 petang bermula lah sorakan-sorakan di dalam labour room nak guide ibu bantu adik baby keluar dan pada pukul 4.07 minit, adik meluncur keluar :)


Ibu Ayah yang sangat happy :)





InsyaAllah, di sini saya ingin kongsikan beberapa Tips Mudah Bersalin yang saya amalkan sepanjang kehamilan dan semasa proses bersalin.

7 TIPS MUDAH BERSALIN


1. Banyakkan Amalan Rohani


Bila saja dapat tahu kita berbadan dua, zahirkan kesyukuran kita dengan memperbanyakkan amalan yang mendekatkan diri pada Sang Pencipta yang Maha Memberi Rezeki. Allah telah  merezekikan kita satu nyawa di dalam rahim kita yang sangat kita inginkan, jadi banyakkan bersujud padaNya tanda terima kasih padaNya.


Perbaiki ibadah-ibadah wajib dan tambahkan ibadah sunat seperti solat-solat sunat dan zikir2. Mulakan dulu dengan apa yang senang. Ibu mengandung juga sangat digalakkan untuk menunaikan solat taubat. Amalan-amalan ini boleh menyucikan hati kita dan kita berharap amalan2 ini menjadi asbab Allah memberi kemudahan semasa kita bertarung nyawa untuk melahirkan anak syurga kita



2. Jaga Kesihatan Fizikal


Ibu- ibu yang hamil WAJIB jaga kesihatan. Jaga makan, amalkan gaya hidup sihat dan jangan skip antenatal check up. Biasalah ibu2 akan mengalami alahan pada awal kehamilan, malah ada yang sampai akhir kelahiran. Tapi janganlah dilayan sangat rasa loya, tak lalu makan itu. Cuba ikthiar cari cara untuk kurangkan loya, cari cara untuk badan dapat juga nutrisi yang diperlukan oleh baby dan ibu walaupun ibu asyik muntah2.


Berpada-pada juga bila melayan selera makan, terutamanya benda manis sebab ibu2 mengandung ni craving dia untuk benda manis ni lain macam :). Pengambilan supplement juga sangat penting untuk ibu mengandung bagi memastikan ibu dan baby cukup khasiat untuk perkembangan yang sihat. Saya pilih Set Hamil Shaklee.


Kesihatan yang baik penting supaya ibu tidak menghadapi sebarang komplikasi semasa hamil dan bersalin. Badan yang sihat jugak bantu ibu rasa positif, tenang dan bertenaga untuk proses bersalin.


3. Amalkan Minum Minyak Kelapa Dara/Minyak Zaitun


Semasa mengandung kali ke empat ni baru tergerak hati untuk mengamalkan minum minyak kelapa dara dan minyak zaitun sebelum tidur dan sebelum sarapan pagi. Itu pun dan masuk bulan terakhir kehamilan.

Alhamdulillah memang rasa perbezaan ;) sangat membantu masa kita push tu.
Bila push baby meluncur keluar.. sampai hubby kata doktor pun terkejut sebab baby keluar laju.. dan rambut baby macam disapu minyak, hitam berkilat, kemas je.

Owh yea.. pastikan minyak kelapa dara yg anda beli tu yang tulen yea..sebab banyak yang fake sekarang. Jadi berhati-hati semasa memilih. Untuk minyak zaitun saya guna Palestine Extra Virgin Olive Oil (Pevoo).


4. Doa Mohon Mudah Bersalin

Jangan lupa untuk berdoa memohon agar Allah mudahkan kita untuk bersalin. Ada banyak doa2 untuk mudah bersalin. Kalau dapat hafal dan amalkan setiap kali lepas solat sangat lah bagus. Tetapi doa dalam bahasa Melayu atau apa2 bahasa yang kita faham pun boleh. Yang penting, ikhlas dari hati dan penuh pengharapan pada Allah.


5. Zikir Semasa Labour

Semasa start contraction, basahkan mulut dengan zikrullah. Ucapkan apa2 sahaja zikir yang kita ingat. Baca juga ayat2 quran yanh dihafal. Semasa contraction datang, saya akan baca doa Nabi Yunus. Setiap kali contraction itu lah yang saya ulang2 hingga saat terakhir nak bersalin.

Kalau kita tak penuhi masa dengan berzikir, dibimbangi kita hanya menhaduh kesakitan atau menjerit dan membentak-bentak mereka di sekeliling kita. Sakit contraction boleh buat kita hilang kawalan.

Untuk bersalin kali ni saya ada juga membaca ayat Al-Quran dari surah Al-Insyiqaq, ayat 1-5. Terima kasih sahabat yang sarankan saya untuk baca ayat ini 
Saya cadangkan baca ayatnya dan hayati terjemahannya. Memang sangat kena dengan proses bersalin. MasyaAllah


6.Bernafas

Hehe..memang lah bernafas kan? Kalau tak bernafas habis dah lah. 
Maksud saya controlled breathing. Amalkan apa yang kita belajar dalam kelas antenatal atau macam yang kita tengok kat you tube tu.

Start je contraction tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan hembus lama-lama beberapa kali ( nak kira pun x leh fokus dah) ikut mulut bilamana contraction semakin kuat. InsyaAllah kita mampu mengharungi sakit contraction tu .

Seelok eloknya berlatih lah bernafas dulu sebelum anda rasa nak bersalin. Berlatih bersama suami sebab masa dalam labour room suami lah yang akan guide kita utk amalkan breathing technique ni.

7. Nikmatilah Proses Bersalin

Haaa..dan last skali enjoy the process. Macam kawan saya cakap, "Embrace the pain'. :)

Bayangkan setiap kali contraction anak anda sedang berusaha untuk keluar jumpa ibu dia yang tersayang. Datangkan rasa gembira setiap kali sakit tu datang, sebab tak lama lagi  insyaAllah anda dpt melihat anak anda yang comel itu!

Cuba lah amalkan 7 tips ni. Saya doakan proses kelahiran anak syurga anda dipermudahkan oleh Allah :)

Doakan saya jadi anak solehah yea :)


Okay, setakat ni saya perkongsian saya untuk kali ini.

Jupa lagi di lain entry ;)

Wassalam


Read More