Thursday 15 January 2015

Tip Keibubapaan Dari Ustaz Pahrol Mohd Joi


 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera :)



Baru - baru ini saya ada dapat satu perkongsian tentang parenting tips yang dikongsi oleh rakan sekerja. Perkongsian ini dari seorang hamba Allah yang menghadiri majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi di surau Al Kauthar S4 Bandar Baru Bangi pada 1 Januari lepas.


MasyaAllah, pada saya perkongsian ini sangat baik, dan kita sebagai ibu bapa yang berwawasan patut tahu supaya dapat mendidik dan membesarkan anak2 seperti yang kita harapkan dan mendapat redha Allah.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, kita selalu meletakkan pelbagai harapan terhadap anak-anak kita. Nak anak jadi soleh, hafaz Al- Quran, bijak, berakhlak mulia, hormat orang tua, berdisiplin dan sebagainya.. tetapi kita lupa untuk meletakkan harapan, visi, misi serta target yang jelas pada diri kita sendiri. Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat untuk merealisasikan harapan kita pada anak2 itu yang jurang kita beri perhatian

Oleh itu saya kongsikan di sini tips2 tersebut, semoga dapat menjadi rujukan dan panduan kami sebagai ibu bapa, panduan kepada Imam-Imam Muda kami kelak serta ibu bapa yang berpeluang singgah di sini.

1. Bersabarlah

Kalau kita rasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca al -Quran sekurang2nya semuka sehari, puasa isnin khamis dan sebagainya..tambah2 lagilah utk mendidik org lain..maka bersabarlah dalam mendidik.
Dalam banyak keadaan matlamat kita untuk ank2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana kita tidak sabar dan kurang bijaksana.


2. Tuntutlah Ilmu Berterusan

Semua perkara yang kita nak lakukan, nak lalui, nak harungi cabaran-cabaran hidup, persediaan untuk akhirat, semua perlukan ilmu. Walaupun ia perkara asas. Salah satunya ialah ilmu keibubapaan..Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.


3. Jangan Label Anak


Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.

4. Misi & Visi Yang Jelas 


Letakkan misi dan visi yg jelas pada anak. Jadi hamba Allah yang baik. Ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan Hadith adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jd BAIK drp didik anak jadi CERDIK.


5. Anak Adalah Amanah


Anak-anak bukan milik kita tetapi adalah amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, bawalah anak2 kepada Allah.

6. Peranan Ibu


Ibu sama dengan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pemilihan Isteri Asas Utama Pendidikan Anak


Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.
Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

                                                   

8. Didiklah Anak Dengan Al-Quran. 


Ibnu Sina Hafiz pada masa umurnya 7 tahun. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.

Kita bukan hafiz, tapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf al-Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu Bapa Pemimpin Anak-Anak


Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2. Sekarang ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

10. Niatkan Kebaikan Kita Untuk Anak


Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah banjir dsbnya sebagai tawasul anak2 menjadi baik. Contoh: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

11. Sayangi Anak Dengan Ikhlas


Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Contoh: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-warkan..anak yang x dapat elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita..jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai..

Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan....


Semoga dapat kita amalkan supaya jadi ibu bapa terbaik untuk menjaga amanah Allah yang sangat berharga, iaitu anak-anak kita

Wallahu alam
About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment