Friday 26 September 2014

Khatankan Anak Lelaki Semasa Bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.


Hari ni nak kongsikan pengalaman kami mengkhatankan Imam Muda Amirul Hadi semasa umurnya baru masuk 12 hari


Mungkin masih ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa anak lelaki boleh  dikhatankan semasa masih bayi. Dan mungkin juga kalau pun kita tahu, kita tak pasti macam mana prosedurnya, macam mana penjagaannya dan apa kelebihannya berkhatan awal.


Jika bayi atau kanak-kanak dikhatankan pada awal usia, sisa air kencing tidak akan bertakung di celah kulup kemaluan mereka.

Hadith Nabi Saw serta Pandangan Ulama tentang usia yang sesuai untuk berkhatan

Dalam satu riwayat daripada Saidatina Aisyah menceritakan:

Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Kebanyakan ulama berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada ulama yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.

Pandangan Al Mawardi:

1.Wajib-iaitu pada saat anak telah sampai umur baligh
2. Sunat- iaitu pada saat anak belum capai umur baligh
3.Ikhtiyar- iaitu saat umur bayi perempuan berumur 7 hari @ 40 hari @ 7 tahun iaitu pada saat diajar dan diperintahkan bersolat.


Pengalaman Mengkhatankan Amirul Hadi

Ini adalah pengalaman pertama ibu dan ayah mengkhatankan Imam Muda kami. Masa Abg Hakim lahir dulu, ibu belum tahu.Sebab kebiasaan masyarakat Melayu kita, anak2 lelaki dikhatankan bila berusia 6 tahun ke atas sehingga sebelum akil baligh.

Masa Amirul Hafiz dalam kandungan, ibu dah berniat nak khatankan Hafiz masa dalam pantang tapi mcm mana ntah boleh lupa terus.

Then masa mengandungkan Hadi, memang tekad nak khatankan dia masa bayi. Kalau ikut sunnah, Rasulullah khatankan cucu baginda masa umur 7 hari. Masa tu ingat nak buat masa Hadi 7 hari tapi call Pusat Perubatan Al-Farabi, mereka kata bukan hari2 doktor lakukan prosedur khatan tu, so terpaksa lah tunggu sampai Hadi 12 hari baru ada sesi khatan tu. 

Sehari sebelum berkhatan kami bawa Amirul Hadi ke Pusat Perubatan Al-Farabi untuk jumpa doktor yang memang pakar dalam mengkhatankan orang, dan dah biasa khatankan baby yang baru lahir.
Tujuannya supaya doktor dapat membuat peperiksaan tentang  tahap kesihatan Hadi dan check sama ada Hadi sudah sesuai untuk dikhatankan.

Doktor pastikan:
  1.  Hadi tak demam dan takde sakit lain
  2.  Pusat Hadi dah tanggal
  3.  'Bird' Hadi cukup panjang untuk lakukan prosedur khatan tu
Bila semua tu dah pass, baru kami confirmkan registration untuk khatan esok malam tu. Kosnya RM120 jer. Memang ok sgt :)

Hubby tanya doktor, ok ke sunat kecik-kecik ni? Doktor kata lagi bagus sebenarnya.
  • Pertamanya sebab deria rasa dia tak fully developed lagi, so dia tak rasa sakit sangat
  • Kedua, senang jaga sebab baby dalam pantang tak bergerak sangat.
  • Ketiga luka lagi cepat sembuh sebab kurang bergerak dan tak makan benda2 yang boleh menyebabkan radang pada luka tu (minum susu ibu je kan)
Ada banyak cara untuk berkhatan seperti cara tradisional, kaedah konvensional dan kaedah modern. Yang ni kami serah bulat-bulat pada doctor sebab berdasarkan reputasi doctor tu kami yakin dia tahu kaedah yang terbaik utk Hadi.

Bila tiba masa utk Hadi dikhatankan ada rasa nervous jugak, tapi pada masa yang rasa excited sebab nak alami pengalaman pertama tgk anak disunatkan. Masa itu hanya doa yang mampu dipanjatkan pada Allah swt mohon yang terbaik untuk Amirul Hadi.

Bila everything dah ready, doktor pun bukak pampers Hadi. Kering sebab baru tukar sebelum keluar rumah.. masa tu hadi tgh tidur lena..doktor buat persediaan lagi.. skali Hadi buang air kecil, kelam kabut nurse gi amek tisu nak tutup pancutan tu.. dia masih lagi lena.. tak lama lepas tu buang air besar pulak.. tergelak je doktor tu.. dah biasa kot baby2 macam tu time2 genting ni.. dah siap bersihkan semua. Doktor pun inject ubat bius kat ‘bird’ hadi.. masa tu baru dia sedar dan meraung dan meronta-ronta. Nasib baik Nurse pegang kemas2 badan Hadi, takde lah terganggu doktor nak buat kerja.

Hadi nangis tak lama, bila ubat bius tu dah mula berkesan, Hadi tenang balik.. bila doktor start potong kulit dia, dia rilex jer.. J . Mula-mula ibu ingatkan doktor guna laser, tapi rupa-rupanya hanyalah menggunakan alat pembedahan ‘cautery’, iaitu pemotongan tisu dengan elemen haba. Lepas tu doktor jahit lah macam biasa guna benang yang boleh tanggal sendiri.

Keseluruhan prosedur tu sekejap je, tak sampai setengah jam pun :) Alhamdulillah.

Bila balik rumah terus bagi ubat tahan sakit supaya Hadi boleh tido nyenyak malam tu. Alhamdulillah memang dia tido nyenyak.



Imam Muda Amirul Hadi baru lepas khatan

Penjagaan Selepas Berkhatan

Penjagaan lepas berkhatan tu simple sahaja.

Kerap tukar pampers, bila basuh najis Hadi sampai bersih, bilas dengan ubat cuci yang doktor bagi untuk elakkan jangkitan.
Ubat tahan sakit tu ibu bagi 3 kali je sebab lepas tu tengok macam hadi steady jer time tukar pampers, maksudnya dia dah tak sakit dah.
Hari ketiga lepas berkhatan tu ibu ngan opah dah tak rasa nyilu dah nak basuh kencing hadi sebab luka nampak dah kering dan jahitan dah start tanggal.

Sepanjang seminggu tu kami tak mandikan hadi, Cuma lap2 jer sebab doktor pesan jangan bagi kena air sangat kat ‘bird’ hadi. Dah hadi pun tak pakai seluar sepanjang seminggu tu, hanya pakai pampers, tutup dengan selimut jer kaki dia, takut terkepit ‘bird’ Hadi.

Hari ke – 7 semua jahitan dah tanggal, Alhamdulillah dah sembuh elok tempat yang dipotong.. :)

Hari ke- 8 hadi dah boleh pakai seluar :)


Ikhitiar ibu, disiplinkan diri untuk amek set Berpantang Shaklee. Sebab dalam Set Berpantang Shaklee ada Zinc Complex yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Zinc Compleks ni bertindak macam ikan haruan. Vitamin C juga sangat membantu.. Nutrisi-nutrisi ni dapat kat Hadi melalui susu ibu :)

Nurse dari Klinik Kesihatan excited nak tengok camner rupa baby yang dah khatan bila bgtau Hadi dah khatan. Opah Hadi pun sangat suka bila cucu dia dah selamat khatan masa baby. Kata Opah “ Senang nyer lah. Kalau Opah tahu dulu, mesti anak2 Opah pun dah khatan masa baby. Senang jaga” :D

Alhamdulillah pengalaman yang berharga bagi kami dan juga Hadi.

Semoga Amirul Hadi membesar menjadi anak yang soleh dan musleh.

6 comments:

  1. as salam,tumpang tanya baby hadi sunat di klnik mna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Saya khatankan di Al Farabi, Kuantan :), Boleh rujuk Doktor Razak atau Doktor Kamarulzaman

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..nak tya..betul ke org kata .ank llki kalu da dikhatankan masa baby..nti dia cpt mbesar n matang..

    ReplyDelete
  4. Salam. Nama sy Wann, hari ni hari ketiga baby sy khatan. Umur dia dua bulan. Nak email boleh? Nak tunjuk gambar anu dia normal ke bengkak macam tu. Berapa lama akan bengkak

    wann.geolens@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Menarik! Nowadays bayi lelaki khatan at young age is not something foreign anymore. Bagus artikel ni, sgt eye-opening. T.kasih for sharing your experience.

    ReplyDelete